Pelayaran Kemanusiaan Malaysia Bantu Rakyat Palestin

August 30, 2010 by admin  
Filed under Articles

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Pertubuhan Keamanan Rakyat Malaysia AMAN MALAYSIA bersama Lifeline 4 Gaza LL4G a dibantu oleh Badan Bukan Kerajaan NGO melancarkan kempen dan pameran “Pelayaran Kemanusiaan Malaysia” dekat sini, hari ini.

Presiden AMAN MALAYSIA, Datuk Ahmad Zaki berkata misi “Pelayaran Kemanusiaan Malaysia” bukan sahaja bertujuan menghantar bekalan bantuan seperti ubat-ubatan malah ianya lebih kepada misi mendesak rejim Israel yang telah menerima tekanan daripada seluruh dunia berkenaan isu bantuan kemanusiaan Mavi Marmara baru-baru ini.

“Misi kali ini adalah ujian terhadap keazaman kita sebagai rakyat Malaysia untuk meneruskan usaha membebaskan rakyat Palestin daripada tekanan rejim Israel,

“Kami perlukan dana sebanyak RM7 juta termasuk untuk membeli kapal dan segala kelengkapan bagi misi penting ini,’ katanya lagi.

Pengasas dan Presiden LL4G, Dr.Noorazman Mohd Samsuddin berkata dana yang diperolehi akan digunakan bagi tujuan membeli peralatan kapal, menyediakan latihan kepada sukarelawan selain untuk membeli ubat-ubatan.

“Kita akan lihat apa mekanisma sesuai untuk mengumpul RM7 juta dan kita berharap melalui sumbangan berterusan rakyat Malaysia misi ini akan terus berjaya dan membuka mata dunia,” kata beliau.

Sebagai menyatakan kerjasama tersebut , AMAN MALAYSIA dan LL4G akan meneruskan kempen dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap misi kemanusian yang sedang berjalan.

Pada masa sama rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menderma melalui saluran SMS yang dilancarkan bulan Jun lalu dengan menaip “GAZA” dan hantar ke 32928.

dsc_00171

dsc_0018

dsc_0021

dsc_0044

dsc_0054

dsc_0057

dsc_0062

dsc_00661

dsc_00662

dsc_0067

Sidang Akhbar Life 4 GAZA dan AMAN Malaysia

August 27, 2010 by admin  
Filed under Articles

Sidang akhbar oleh Life 4 Gaza bersama AMAN Malaysia akan diadakan di Kuala Lumpur Central pada jam 10 pagi- Pameran Safe GAZA akan bermula pada 30 hb Ogos sehingga 8 Sept dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari. bagi anda yang mahu menderma kepada tabung Safe Gaza AMAN Malaysia boleh lah datang melawat pameran ini.Anda semua dijemput untuk menghadiri program ini.

“SELAMATKAN PALESTIN” Di Kl Sentral

June 16, 2010 by admin  
Filed under Articles

Selepas berakhirnya pelancaran Rally 1 Malaysia di Stadium Putra baru-baru ini, Parti Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA) hari ini bergabung tenaga dengan warga korporat dan artis popular tanah air dalam usaha untuk terus mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai kekejaman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pameran “Selamatkan Palestin “ kini digerakkan ke Stesen KL Sentral , pusat pengangkutan utama di Kuala Lumpur, bagi tujuan mendapatkan sokongan rakyat pelbagai lapisan serta mengumpul SMS melalui kempen “SMS untuk Gaza” sebagai tanda solidariti bersama warga Palestin, disamping melakukan kutipan bagi Tabung Gaza.

Pelancaran Pameran “Selamatkan Palestin “ yang akan berakhir sehingga sabtu ini disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad, Norman Abdul Halim, yang juga mantan Pengetua Akademi Fantasia (AF) , di ruang kegar KL Sentral.

Dalam pada itu juga, Pengerusi Aman Malaysia , Datuk Ahmad Zaki Zahid, berkata KL Sentral dipilih sebagai tapak pameran kerana lokasinya yang strategik dengan jumlah pengguna harian kira-kira 130,000 orang setiap hari menggunakan perkhidmatan di sini dan beliau juga berharap para pengguna kemudahan KL Sentral dapat meluangkan masa untuk mengunjungi tapak pameran dan memberi sokongan mereka secara SMS Untuk Gaza.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Mohamed Razeek Hussain dan Pengerusi Barisan Nasional Khairy Jamaluddin.

Selain itu, kempen “SMS Untuk Gaza” diadakan bagi member peluang kepada rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin . Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “Gaza” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan . Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM 0.50 . Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang dikenakan ) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Sehingga hari ini, AMAN MALYSIA teleh berjaya menerima kira-kira 40,000 SMS , melalui kempen SMS untuk Gaza yang dimulakan sejak 4 Jun dan akan berakhir Jumaat 18 Jun 2010.

110

214

32

42

53

64

71

7a

82

91

101

112

122

132

142

152

172

182

192

Jemputan untuk bersama sama ke majlis Perasmian Pameran Selamatkan Palestin

June 16, 2010 by admin  
Filed under Articles, Featured

gaza

Tempat : ground floor Kuala Lumpur central
Tarikh : 16 hb June 2010
waktu : 12.30 Tengah Hari

Kehadiran anda amat di hargai bagi menunjukkan kepada Israel bahawa rakyat Malaysia menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.

Majlis Perasmian Pameran Selamatkan Palestin di KL Central

June 16, 2010 by admin  
Filed under Articles, World News

pmalaysiaJemputan untuk bersama sama ke majlis Perasmian Pameran Selamatkan Palastin
Tempat : Ground floor Kuala Lumpur Central
Tarikh : 16 hb June 2010
waktu : 12.30 Tengah Hari

Kehadiran anda amat di hargai bagi menunjukkan kepadaIsrael bahawa rakyat Malaysia menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.

AMAN MALAYSIA Berkongsi Kemarahan Bersama Pemuda & Belia

June 12, 2010 by admin  
Filed under Articles

Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA) telah bersama ribuan rakyat khususnya dari kalangan belia bagi menyatakan kebencian terhadap Israel yang melampaui batas-batas kemanusiaan dan mengutuk serangan tentera zionis rejim yang menyerang kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.Kekejaman tentera rejim dipaparkan kepada rakyat pada Majlis Pelancaran Rally 1 Malaysia, di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini, dengan mengambil bahagian dalam pameran kekejaman Israel terhadap Palestin.

Pengerusi AMAN MALAYSIA, Datuk Zaki Zahid menyeru kepada golongan Pemuda dan belia-belia Malaysia agar memberikan sokongan dan prihatin terhadap kekejaman rejim Israel dengan menghulurkan bantuan ke Tabung Gaza dan menunjukkan rasa kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang ditindas keganasan Israel dengan menyahut kempen AMAN MALAYSIA “ Condemm Israel, Help the Palestinians”.

Sempena pelancaran Rally 1 Malaysia itu, AMAN MALAYSIA turut melancarkan kempen “SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.
Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa
banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Dalam pelancaran Rally 1 Malaysia itu juga menyaksikan AMAN MALAYSIA berjaya mengumpulkan hampir 5 ribu tandatangan, dimana kesemua tandatangan itu membuktikan jiwa rakyat Malaysia yang mengecam Israel disamping menghulurkan sumbangan ke Tabung Gaza. Turut bersama mengecam tindakan ganas tentera rejim zionis, YAB Perdana Menteri & Timbalan yang bersama-sama menurunkan tandatangan bagi menyatakan kecaman terhadap tentera Israel. Pameran yang diadakan itu juga turut menarik perhatian seluruh warga belia yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

17

210

31

41

52

63

161

7

81

9

201

213

181

10111

121

131

141

151

171

191

Pelancaran Rally 1Malaysia

June 10, 2010 by admin  
Filed under Articles

rally1m

Datanglah beramai ramai ke Rally 1Malaysia di Stadium Bukit Jalil pada 12hb Jun dari jam 12tgh hingga 5ptg, ketemui juga kami di Pameran Gaza disana. Sila taip ‘GAZA’ dan hantarkan 32928.

Menyambut Kepulangan wira

June 8, 2010 by admin  
Filed under Articles, Featured

klia1

klia2

Kepulangan 12 orang aktivis sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel jahanam sewaktu menaiki Kapal Mavi Marmara yang sedang menuju ke Gaza disambut bagaikan wira oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bersama beberapa NGO termasuklah Aman Malaysia(Peace Malaysia).

Hampir 40 orang Putera Putrajaya yang diketuai oleh Sdr.Zach bersama wakil Aman Malaysia, Sdr. Hasbollah dan Sdr.Hardi tiba di Kompleks Bunga Raya pada jam 6.00 pagi untuk menyambut wira-wira tersebut. Pengerusi Aman Msia, Datuk Zaki tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa berada di luar negara atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Insiden ini sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran bagi seluruh negara mengenai kekejaman Rejim Israel tersebut.

Apa yang berlaku terhadap mereka tentu sekali menyayat hati dan akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia dan dunia terhadap kekejaman Rejim Zionis ini terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita baca dan kita tengok melalui kaca televisyen.

Peace activists arrive home safely

June 8, 2010 by admin  
Filed under Articles

SEPANG: The six Malaysian peace activists who were on board a Gaza-bound aid ship seized by Israeli naval forces on Saturday returned to Malaysia at 7.11pm today.

They are Parit Member of Parliament Mohd Nizar Zakaria, Perdana Global Peace Organisation (PGPO) members Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang and Ahmad Faizal Azumu, and media representatives Halim Mohamed and Mohd Jufri Judin of private television station TV3.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who is PGPO chairman, welcomed them at the KL International Airport upon their return from Amman, Jordan, by a Royal Jordanian flight.
Also present were foreign ministry officials and family members of the activists.

The six activists were released by Israel at the King Hussein Bridge on the Israel-Jordan border at 5.20pm (Malaysian time) yesterday.

They were among the activists on board the MV Rachel Corrie, the last of the aid ships of the Gaza-bound Freedom Flotilla, when it was seized by Israeli naval forces at 2.45pm (Malaysian time) on Saturday and escorted to Ashdod port in Israel.
PGPO, a non-governmental organisation in Malaysia, had sponsored the aid mission to Israel-blockaded Gaza.

On May 31, twelve Malaysians who were among several activists on board another aid ship, the Turkish Mavi Marmara, were also detained by the Israeli forces after they stormed the vessel in a violent and bloody attack which left nine Turkish activists dead. The 12 Malaysians returned to Malaysia early yesterday.

AMAN MALAYSIA LANCAR KEMPEN SMS UNTUK GAZA

June 4, 2010 by admin  
Filed under Articles, Featured

aman-malaysia_agenda-daily_440-pixel-x-100-pixelKUALA LUMPUR – Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), hari ini disertai Pemuda UMNO dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perhimpunan mengecam tindakan agresif regim Zionis Israel ke atas sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi secara aman dan sebulat suara dalam mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap penindasan regim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Tanpa mengira perbezaan ideologi atau kepercayaan, ribuan rakyat Malaysia mengecam perlakuan biadap Israel dan bersatu untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Pengerusi AMAN MALAYSIA , Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, sejak sekian lama, rakyat Malaysia amat marah dengan pelbagai tindakan kejam Israel, termasuk pembunuhan dan penindasan dalam pelbagai cara ke atas rakyat Palestin.

“Kekejaman dan tinadakan biadap tanpa mengira undang-undang dunia, seperti serangan ke atas petugas sukarelawan yang menghantar bantuan menerusi kapal ke Gaza amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Malaysia.

“Malah, bukan sahaja membakar semangat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, tetapi juga di kalangan masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,” kata beliau.

Sempena perhimpunan itu, penasihat AMAN MALAYSIA Khairy Jamaludin turut melancarkan kempen “SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS  “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, berharap rakyat Malaysia akan mengguna kesempatan ini bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, tetapi sebagai menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusian regim Zionis.

“Regim Zionis langsung tidak menghormati undang-undang dunia dan kami menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden ini, ,” kata beliau.

Next Page »