Y.A Bhg.Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melawat gerai pameran Aman Malaysia - Safe Gaza di Majlis Pelancaran Program Dana WANG SAKU pada hari jumaat , 20hb Ogos 2010.di Dewan Seri Budiman UITM anjuran GPMS. Turut hadir Pengerusi Aman Malaysia merangkap EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA , Dato’ Ahmad Zaki Zahid.

August 25, 2010 by admin  
Filed under Featured, World News

zakirosmah11

gpms244833_147832225241077_100000429012304_351293_3271274_n

AMAN MALAYSIA BERSAMA WARGA KORPORAT DAN ARTIS POPULAR LANCAR PAMERAN “SELAMATKAN PALESTIN” DI KL SENTRAL

June 17, 2010 by admin  
Filed under Featured, World News

Comments Off

117

KUALA LUMPUR – Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) hari ini bergabung tenaga dengan warga korporat dan artis popular tanahahir dalam usaha untuk terus mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat umum mengenai kekejaman regim Zionis Israrel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Selepas terbabit dalam pelancaran Rally 1Malaysia di Stadium Putra, Pameran “Selamatkan Palestin” kini digerakkan ke Stesen KL Sentral, pusat pengangkutan utama di Kuala Lumpur, bagi tujuan mendapatkan sokongan rakyat pelbagai lapisan serta mengumpul SMS melalui kempen “SMS Untuk Gaza” sebagai tanda solidariti bersama warga Palestin, disamping melakukan kutipan bagi Tabung Gaza.

Pelancaran Pameran “Selamatkan Palestin”, disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Berhad, Norman Abdul Halim, yang juga mantan Pengetua Akademi Fantasia (AF), di ruang legar KL Sentral.

Pameran itu akan berakhir Sabtu, 19 Jun 2010.

Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid, berkata KL Sentral dipilih sebagai tapak pameran kerana lokasinya yang strategik dengan jumlah pengguna harian kira-kira 130,000 orang setiap hari menggunakan perkhidmatan pengangkutan di sini.

“Saya harap para pengguna kemudahan KL Sentral dapat meluangkan masa untuk mengunjungi tapak pameran dan memberi sokongan mereka secara SMS Untuk Gaza,” kata Ahmad Zaki.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Recources Corporation Berhad (MRCB), Mohamed Razeek Hussain; Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin dan sebelas artis daripada program Akademi Fantasia 8.

Pameran “Selamatkan Palestin” menyediakan maklumat mengenai sejarah kependudukan bumi Palestin, bersama dengan imej pencerobohan kekejaman regim zionis.

Selain pameran, orang ramai boleh menunjukkan sokongan mereka dengan menandatangani papan tanda “Selamatkan Palestin” yang turut disediakan berhampiran tapak pameran atau menghantar pesanan ringkas (SMS) untuk Gaza.

Sehingga hari ini, Aman Malaysia telah berjaya menerima kira-kira 40,000 SMS, melalui Kempen SMS Untuk Gaza yang dimulakan sejak 4 Jun dan akan berakhir Jumaat 18 Jun 2010.

Kempen “SMS Untuk Gaza” diadakan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin. Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Jemputan untuk bersama sama ke majlis Perasmian Pameran Selamatkan Palestin

June 16, 2010 by admin  
Filed under Articles, Featured

gaza

Tempat : ground floor Kuala Lumpur central
Tarikh : 16 hb June 2010
waktu : 12.30 Tengah Hari

Kehadiran anda amat di hargai bagi menunjukkan kepada Israel bahawa rakyat Malaysia menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel.

AMAN MALAYSIA LAUNCHES “SAVE PALESTINE” EXHBITION IN CONJUNCTION OF 1 MALAYSIA RALLY

June 13, 2010 by admin  
Filed under Featured

KUALA LUMPUR, 12 June – The People’s Alliance for Peace Malaysia, popularly known as AMAN MALAYSIA, today launched the “Save Palestine” Exhibition aimed at increasing awareness on the plight and struggle of the Palestinian people to free themselves from Israel’s aggresion and occupation in Gaza.

The exhibition, organised by the Barisan Nasional Youth Movement, was held today at the Putra Stadium in Bukit Jalil here, in conjunction with the 1Malaysia Rally launched by Prime Minister Dato’ Sri’ Mohd Najib Tun Razak at the same venue.

Apart from inculcating awareness on the hardship faced by Palestinians in Gaza, the exhibition is also aimed at inviting Malaysians from all walks of life and background to join hands in condemning Isarel’s aggresion in Gaza.
Prime Minister showed his support towards the cause by visiting the exhibition booth after the 1Malaysia Rally launch.

Aman Malaysia Chairman, Datuk Ahmad Zaki Zahid said the exhibition will among others, display images and visuals of Israel’s aggresion and violation of various international rules in Palestine and also, chronology of events and historical facts of Palestine in relation with Israel’s invasion of Gaza.

“Aman Malaysia hopes that Malaysians from all walks of life, religion and background will come out and show their support, and speak in one voice in showing their concern…hopefully, it would not stop here or become a one off thing, something done on a seasonal basis. We need to continuosly push this agenda and voice our concerns to the world,” he said.

“As such, Aman Malaysia plans to conduct more road shows and exhibitions in other parts of the country, and this include promoting the cause at universities, colleges and other higher learning institutions in Malaysia,” Zaki said.
Zaki who also sits in the Umno Youth Executive Council, said following today’s show at Putra Stadium, the exhibiton will make its way to KL Sentral beginning next week, in a effort to increase more awareness among commuters and the public at the transportation hub.

“KL Sentral’s strategic location serves as an ideal spot for such exhibition due to the high volume of people there,” said Zaki.

Meanwhile, in another development, Aman Malaysia has received almost 40,000 short messages via its SMS FOR GAZA campaign which was launched last week.

The “SMS For Gaza” campaign is a medium used by Aman Malaysia to generate fund which will be donated to the Palestinians in Gaza. Malaysians can contribute by typing “GAZA” and send their messages to 32928. Each SMS is charged a minimal RM0.50. Proceeds from the SMS campaign (other than the service charge by the telecommunication provider) will be donated and sent to Gaza via the Foreign Affairs Ministry.

Aman Malaysia Advisor Khairy Jamaludin expressed his satisfaction over the encouraging response in the campaign, hoping that more will come forward and participate in the campaign.

“We need to continuosly show to the world that we care and are willing to put aside our differences for the sake of helping the Palestinians in gaza,” said Khairy.

Menyambut Kepulangan wira

June 8, 2010 by admin  
Filed under Articles, Featured

klia1

klia2

Kepulangan 12 orang aktivis sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel jahanam sewaktu menaiki Kapal Mavi Marmara yang sedang menuju ke Gaza disambut bagaikan wira oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bersama beberapa NGO termasuklah Aman Malaysia(Peace Malaysia).

Hampir 40 orang Putera Putrajaya yang diketuai oleh Sdr.Zach bersama wakil Aman Malaysia, Sdr. Hasbollah dan Sdr.Hardi tiba di Kompleks Bunga Raya pada jam 6.00 pagi untuk menyambut wira-wira tersebut. Pengerusi Aman Msia, Datuk Zaki tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana terpaksa berada di luar negara atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Insiden ini sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran bagi seluruh negara mengenai kekejaman Rejim Israel tersebut.

Apa yang berlaku terhadap mereka tentu sekali menyayat hati dan akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia dan dunia terhadap kekejaman Rejim Zionis ini terhadap rakyat Palestin yang selama ini kita baca dan kita tengok melalui kaca televisyen.

AMAN MALAYSIA LANCAR KEMPEN SMS UNTUK GAZA

June 4, 2010 by admin  
Filed under Articles, Featured

aman-malaysia_agenda-daily_440-pixel-x-100-pixelKUALA LUMPUR – Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), hari ini disertai Pemuda UMNO dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perhimpunan mengecam tindakan agresif regim Zionis Israel ke atas sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi secara aman dan sebulat suara dalam mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap penindasan regim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Tanpa mengira perbezaan ideologi atau kepercayaan, ribuan rakyat Malaysia mengecam perlakuan biadap Israel dan bersatu untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Pengerusi AMAN MALAYSIA , Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, sejak sekian lama, rakyat Malaysia amat marah dengan pelbagai tindakan kejam Israel, termasuk pembunuhan dan penindasan dalam pelbagai cara ke atas rakyat Palestin.

“Kekejaman dan tinadakan biadap tanpa mengira undang-undang dunia, seperti serangan ke atas petugas sukarelawan yang menghantar bantuan menerusi kapal ke Gaza amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Malaysia.

“Malah, bukan sahaja membakar semangat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, tetapi juga di kalangan masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,” kata beliau.

Sempena perhimpunan itu, penasihat AMAN MALAYSIA Khairy Jamaludin turut melancarkan kempen “SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS  “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, berharap rakyat Malaysia akan mengguna kesempatan ini bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, tetapi sebagai menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusian regim Zionis.

“Regim Zionis langsung tidak menghormati undang-undang dunia dan kami menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden ini, ,” kata beliau.

AMAN MALAYSIA LANCAR KEMPEN SMS UNTUK GAZA

June 4, 2010 by admin  
Filed under Featured

zaki1KUALA LUMPUR – Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN MALAYSIA), hari ini disertai Pemuda UMNO dan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam perhimpunan mengecam tindakan agresif regim Zionis Israel ke atas sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan mengadakan demonstrasi secara aman dan sebulat suara dalam mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap penindasan regim Zionis ke atas rakyat Palestin.

Tanpa mengira perbezaan ideologi atau kepercayaan, ribuan rakyat Malaysia mengecam perlakuan biadap Israel dan bersatu untuk menyampaikan mesej mereka kepada dunia.

Pengerusi AMAN MALAYSIA , Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, sejak sekian lama, rakyat Malaysia amat marah dengan pelbagai tindakan kejam Israel, termasuk pembunuhan dan penindasan dalam pelbagai cara ke atas rakyat Palestin.

“Kekejaman dan tinadakan biadap tanpa mengira undang-undang dunia, seperti serangan ke atas petugas sukarelawan yang menghantar bantuan menerusi kapal ke Gaza amat dikesali dan menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat Malaysia.

“Malah, bukan sahaja membakar semangat rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, tetapi juga di kalangan masyarakat dunia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya,” kata beliau.

Sempena perhimpunan itu, penasihat AMAN MALAYSIA Khairy Jamaludin turut melancarkan kempen “SMS Untuk Gaza” bagi membolehkan rakyat Malaysia menunjukkan sokongan bagi rakyat Palestin.

Rakyat Malaysia boleh menghantar SMS  “GAZA” kepada 32928 dengan tujuan mengumpul seberapa banyak SMS yang boleh sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia. Setiap SMS akan dicaj pada kadar nominal RM0.50. Semua kutipan daripada SMS tersebut (selain caj perkhidmatan TELCO yang dikenakan) akan turut didermakan dan dihantar ke Gaza menerusi Kementerian Luar Negeri.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO, berharap rakyat Malaysia akan mengguna kesempatan ini bukan sahaja untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin, tetapi sebagai menggambarkan sokongan kepada keamanan selain mengecam tindakan tidak berperikemanusian regim Zionis.

“Regim Zionis langsung tidak menghormati undang-undang dunia dan kami menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu agar mengenakan tindakan keras terhadap Israel ekoran insiden ini, ,” kata beliau.

Demonstrasi Membantah Kekejaman Israel Di Gaza

June 4, 2010 by admin  
Filed under Featured

Pemuda UMNO Malaysia mendesak supaya kerajaan membawa usul ke PBB bagi membuat satu tindakan tegas dan tepat terhadap kekejaman rejim zionis Israel.Ini berikutan laporan yang mengatakan pihak Israel tidak menerima satu siasatan bebas dilakukan terhadap insiden itu dan pihak Amerika yang berpuas hati dengan laporan dan alasan mengapa serangan itu berlaku.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin yang mengetuai demonstrasi bantahan tersebut, beliau melihat dari sudut keadilan yang tidak memihak kepada tahanan dan rakyat Palestin hanya dipandang ringan oleh PBB.Justeru katanya, disebabkan oleh keadaan tersebut telah membakar semangat juang sesama islam diseluruh negara untuk mendesak agar tindakan yang lebih berat dikenakan terhadap Israel.

Beliau juga turut menyeru agar pelbagai pihak turun padang untuk sama-sama menunjukkan protes dan kutukan terhadap tentera zionis dalam memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin. Dalam waktu yang sama beliau turut ditanya apakah reaksi UMNO mengenai ajakan dari parti pembangkang yang mahukan UMNO bersama-sama dalam membuat bantahan dan demonstrasi bagi memperjuangkan kebebasan Palestin. Menurut beliau, pada waktu ini mana-mana pihak yang melakukan demonstrasi yang mengecam Israel amatlah dialu-alukan namun begitu ianya tidak bermaksud UMNO akan turut serta kerana bagi mereka, perhimpunan yang dicanang demi akan menjadi perhimpunan PR bukannya perhimpunan untuk selamatkan Gaza.

Khairy juga turut menyatakan Pemuda dan pertubuhan NGO yang lain akan membawa satu usul kepada Perdana Menteri dalam menyalurkan sumbangan dan membuat satu inisiatif jika Perdana Menteri menyokong satu deligasi dari Pemuda untuk menghantar bantuan kepada rakyat Palestin.

Perhimpunan aman yang berlangsung sejurus selepas solat Jumaat yang turut disertai oleh Pergerakkan Pemuda UMNO, Pengerusi Biro Antarabangsa /AMAN Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid, Perkasa, GB4B dan beberapa pertubuhan NGO yang lain menyaksikan laungan takbir yang jelas menggambarkan betapa rakyat di negara ini amat marah terhadap apa yang telah di lakukan oleh tentera rejim zionis Israel terhadap deligasi sukarelawan Islam yang dihalang dan dicederakan dalam episod serangan ke atas kapal Mavi Marvara.

6

22

3

4

5


14

Demonstration to express our anger with the recent act of Zionist aggression

June 4, 2010 by admin  
Filed under Featured, Paper Cutting

1-8Aman Malaysia, Pemuda UMNO and other NGOs will be holding a demonstration at 2pm Friday, 4th June 2010, at Masjid Negara, to express our anger with the recent act of Zionist aggression, and to exhibit our solidarity and support for the long-suffering people of Palestine, and of Gaza, in particular.

Aman Malaysia will also be launching the “SMS For Gaza” campaign at the same time. Malaysians may SMS “Gaza” to 32928 to demonstrate their support for the people of Gaza. The aim is to collect as many SMS’es as possible.

SMS’es to this number will be charged at the rate of RM0.50 per SMS, all of which (other than mobile TELCO charges) will be collected and sent to Gaza through the Ministry of Foreign Affairs, Malaysia.

We hope that Malaysians will use this opportunity to show the world our support for Gaza, and our anger with Israel.

We would be grateful if you could send a team to provide news coverage of the demonstration as well as the launch of the SMS campaign.

Program AMAN MALAYSIA (Jakarta 2009)

August 22, 2009 by admin  
Filed under Articles, Featured, Peace Events

11.08.2009

Ketibaan Rombongan Biro Antarabangsa/Aman Malaysia di Jakarta sempena

WORLD YOUNG ENTREPRRENEUR LEADERS FORUM di JAKARTA CONVENTION CENTRE (JCC) yang akan berlangsung pada 12-13/08/2009 bersama YB Khairy Jamaluddin.

a1s

a5s

a7s

12.08.2009

MAJLIS PERASMIAN WORLD YOUNG ENTREPRRENEUR LEADERS FORUM

bersama Presiden Indonesia di JAKARTA CONVENTION CENTRE (JCC)

sdc10978s

sdc11077s

sdc11102s

sdc11128s

12.08.2009

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA

bersama YB Menteri BELIA DAN SUKAN / YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia / Datuk Ahmad Zaki Zahid selaku Pengerusi AMAN MALAYSIA di HOTEL CIPUTRA, JAKARTA BARAT.

Seramai 200 orang pelajar di dalam jurusan Perubatan Hadir pada majlis itu.

sdc11164s

sdc11208s

sdc11210s

sdc11220s

13.08.2009

MESYUARAT BILATERAL SERTA MENANDATANGANI MOU

Bersama HIMPUNAN PENGUSAHA MUDA INDONESIA (HIPMI) di JAKARTA CONVENTION CENTRE (JCC).

sdc11252s

sdc11255s

sdc11306s

sdc11343s

sdc11350s

Next Page »