Gempa di Padang: Bantu kawasan terpinggir

October 12, 2009 by admin  
Filed under Articles, Peace Events

PADANG: Atas rasa keprihatinan dan tanggungjawab, Aman Malaysia semalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi terutama di beberapa lokasi pedalaman di sekitar Pariaman, dekat sini, yang terjejas teruk akibat bencana alam itu.

Misi kemanusiaan diketuai Pengerusinya, Datuk Ahmad Zaki Zahid bersama beberapa pegawai itu bermula kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia) dengan memberikan barangan keperluan harian iaitu air mineral, susu tepung bayi dan makanan ringan.

Ia merangkumi 15,000 unit makanan ringan, 3,000 botol air mineral dan 500 kilogram (kg) susu tepung bayi berusia enam tahun ke bawah yang dianggarkan bernilai kira-kira RM25,000.

Semua barangan seberat 2,300kg itu diserahkan kepada Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) melalui Ketua Umum Daerah Sumatera Darat, H Erick Hariyona, yang bertindak sebagai orang tengah untuk mengagihkannya kepada mangsa.

Enter Google AdSense Code Here

Comments

One Response to “Gempa di Padang: Bantu kawasan terpinggir”

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. DALE says:


    CheapTabletsOnline.com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.Best quality drugs.No prescription online pharmacy. No prescription pills. Buy drugs online

    Buy:Seroquel.Advair.Zetia.Amoxicillin.Female Cialis.Nymphomax.Aricept.Lasix.Lipothin.Cozaar.Female Pink Viagra.Acomplia.Ventolin.Prozac.Buspar.SleepWell.Zocor.Wellbutrin SR.Benicar.Lipitor….



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!